TAJUK : USAHAWAN ONLINE

NAMA : MAIZATUL SYAZWANIE BT MOHAMAD DESA

UMUR : 22 TAHUN

AHLI   :  31 DISEMBER 2017

LATAR BELAKANG :

Perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa kini. Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah. Selain itu, risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah pekerja. Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna internet membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dengan kemajuan teknologi, banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh generasi sekarang berbanding generasi dulu. Segala maklumat boleh didapati melalui pencapaian internet. Dalam dunia bisnes dan perniagaan pula, kemajuan teknologi membolehkan lebih ramai peniaga menjual barangan mereka dengan lebih mudah dan berkos rendah.

Oleh hal yang demikian, saya membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan atas talian ( Business Online ) sebagai landasan untuk menambahkan pendapatan sampingan memandangkan saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya  menceburi bidang perniagaan atas talian disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan di samping dapat menambah pendapatan sampingan dan melalui perniagaan atas talian juga saya dapat menambah pengetahuan saya dalam bidang ini terutamanya mempelajari ilmu perniagaan atas talian dengan lebih mendalam.

Oleh hal yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk mempelajari dan memahirkan diri dalam bidang yang saya ceburi dan minati ini. Saya mengambil keputusan untuk berkunjung dan belajar di Pusat Internet 1Malaysia Ulu Seperi memandangkan petugas di sana merupakan kenalan saya dan ini bagi memudahkan urusan pembelajaran saya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa siri kelas dan latihan yang saya ikuti, terdapat banyak perubahan yang dapat saya lihat pada perniagaan atas talian saya. Di atas ilmu yang saya perolehi di Pi, kini saya mampu menjana pendapatan sekitar RM800 – RM1000 sebulan.

Selain itu, dengan adanya ilmu keusahawanan yang saya peroleh saya kini lebih yakin untuk membuat iklan produk jualan saya di Facebook mahupun di Instagram. Di samping itu, melalui ilmu pengetahuan yang saya miliki kini, saya mampu untuk menambah bilangan pelanggan saya dan secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi pendapatan bulanan saya.

mai Wani