TAJUK : KEREPEK PISANG DAN MARUKU RANGUP
NAMA : SYAWALNE BINTI ABDUL KADER
UMUR : 23 TAHUN
AHLI : 2010
LATAR BELAKANG :
Syawalne merupakan anak jati Kampung Seperi yang kini berusia 22 tahun. Syawalne merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Syawalne mempunyai latar belakang pendidikan sehingga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Selain itu, Syawalne telah menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Ulu Seperi semenjak awal penubuhan Pusat Internet pada tahun 2010. Memandangkan jarak rumah Syawalne dengan Pusat Internet Ulu Seperi hanya 1 kilometer sahaja Syawalne kerap mengunjungi Pusat Ineternet untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ada.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT :
Sebelum penglibatan Syawalne di Pusat Internet, Syawalne sememangnya sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di sini terutamanya untuk menggunakan komputer dan internet. Memandangkan Syawalne kerap berkunjung ke Pusat Internet, Syawalne boleh menggunakan komputer dan internet tanpa bantuan daripada petugas. Namun demikian, Syawalne kurang ilmu pengetahuan di dalam bidang keusahawanan. Oleh hal yang demikian, Syawalne mengambil keputusan untuk menyertai Pertandingan Usahawan Online Pusat Internet yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Hal ini kerana, melalui platform ini Syawalne berpeluang untuk mempelajari cara-cara untuk berniaga secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Shopee.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT :
Syawalne telah mengikuti 3 siri latihan/kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh petugas untuk Pertandingan Usahawan Online Pusat Internet. Kini, Syawalne telah mempunyai kedai atas talian menerusi aplikasi Shopee dan kedai tersebut diberi nama Zai Shop. Melalui kelas keusahawanan ini juga, Syawalne lebih berkeyakinan untuk memasarkan produk kerepek pisang dan maruku ranggup secara atas talian pula. Selain itu, dengan adanya platform atas talian ini, Syawalne kini telah berjaya menambah satu lagi produk di kedai atas talian beliau iaitu menjual Mimi Bauty Skincare.