LOKASI: GERAI MAJLIS BERHADAPAN BOMBA KLAWANG
MASA: 9.30am-5:30pm
HARI: ISNIN-JUMAAT
Sesetengah orang menganggap barangan yang dijual di kedai barangan terpakai atau lebih mudah disebut sebagai ‘bundle’ adalah tidak berkualiti dan murah. Terdapat juga sebilangan individu yang menganggap kedai bundle adalah syurga yang menempatkan pelbagai pilihan pakaian yang menarik, unik dan berjenama. ✨BJ SONS BUNDLE✨, 🔊🔊🔊satu-satunya kedai bundle yang terdapat di Jelebu dan terletak berhadapan Balai Bomba Kuala Klawang ini bukan sahaja menawarkan harga yang murah tetapi jika anda bertuah, anda boleh mendapatkan barangan original dan cantik tetapi pada harga yang jauh lebih murah dan berbaloi-baloi.
Bagi peminat koleksi sebegini, keadaan pakaian bukan ukuran kerana yang penting kualitinya. Malah, ada yang sanggup menghabiskan masa yang lama atau ‘menyelam’ (bahasa yang peminat bundle gunakan) di kedai bundle semata-mata untuk memilih pakaian terbaik dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi ataupun pakaian seharian. Walaupun kelihatan lusuh, bundle ada keistimewaannya tersendiri, terutama bagi penggemar pakaian bundle. Pelanggan bebas memilih dan tidak perlu berbelanja besar. Setiap pakaian yang dijual di sini berharga serendah RM1.00😲😲 dan yang paling penting “Made in USA & Japan🤩🤩🤩. ✨BJ SONS BUNDLE✨ dibuka setiap hari bermula ➡️jam 10.00 pagi sehingga jam 5.45 petang