Kelas Keusahawanan – Microsoft Office Excel | |
Tarikh | : 2 Oktober 2020 |
Masa | :10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 1 Orang |
TUJUAN:
- Memberi tunjuk ajar kepada peserta pertandingan usahawan baru Pusat Internet untuk mengisi laporan jualan bulanan menggunakan Microsoft Excel
- Melatih para peserta untuk mempelajari formula-formula ringkas menggunakan Microsoft Excel
- Menggunakan semua fungsi dan formula pada tahap asas dan lanjutan dalam Microsoft Excel untuk menyimpan, mengurus dan memanipulasi data dalam spreadsheet
- Memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memuat turun penyata pendapatan menerusi akaun Shopee
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai layout Laporan Bulanan bagi Pertandingan Usahawan Baru Pusat Internet kepada peserta
- Kemudian aktiviti diteruskan lagi dengan petugas memberi tunjuk ajar formula-formula ringkas bagi melengkapkan laporan bulanan pertandingan usahawan
- Petugas kemudian memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memuat turun penyata pendapatan menerusi akaun shopee untuk dijadikan sebagai panduan bagi mengisi laporan bulanan tersebut
- Aktiviti mengisi dan melengkapkan Lporan Bulanan menggunakan Microsoft Excel dimulakan dengan bimbingan daripada petugas