Kelas Keusahawanan – Junior Chef | |
Tarikh | : 17 Ogos 2020 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 13 Orang |
TUJUAN:
- Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
- Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
- Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
- Menggalakkan para peserta untuk bersifat berdikari dan tidak mengharapkan ibu bapa bagi menyediakan makanan yang ringkas
AKTIVITI:
- Petugas membuka laman Youtube dan membuka contoh-contoh resepi yang berkaitan
- Setelah menonton video di laman Youtube, petugas memberi penerangan bagaimana untuk menghasilkan menu ringkas juadah minum petang iaitu sandwich telur
- Para peserta diperkenalkan dengan satu persatu bahan-bahan yang diperlukan
- Petugas mencetak resepi untuk membuat sandwich telur bagi memudahkan pemahaman para peserta untuk menghasilkan sandwich telur mengikut citarasa mereka sendiri
- Petugas membahagikan para peserta kepada dua kumpulan iaitu peserta lelaki dan perempuan
- Aktiviti membuat sandwich telur dimulakan