ADVOKASI & LATIHAN KEUSAHAWANAN – BERKONGSI SECARA BERLEBIHAN & DAPUR SI KECIL ( APAM POLKADOT) |
|
Tarikh | : 07 Julai 2019 (Ahad) |
Masa | : 3.00 Petang – 6.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 14 Orang |
TUJUAN :
- Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet mengenai kepentingan kawal selia kendiri
- Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
- Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
- Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai advokasi Berkongsi Secara Berlebihan
- Kemudian, petugas membuka video yang berkaitan bagi menguji kefahaman para peserta
- Aktiviti seterusnya ialah menonton cara-cara membuat kuih Apam Polkadot menerusi saluran Youtube
- Seterusnya mencari resepi Apam Polkadot menerusi enjin carian google
- Aktiviti membuat Apam Polkadot bermula