KELAS ICT – PEMBELAJARAN MEGGUNAKAN YOUTUBE & BELAJAR MENAIP DENGAN BETUL

Tarikh : 18 Mac 2018 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN  :

Antara tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah rendah untuk mahir menggunakan papan kekunci dan tetikus.Selain itu petugas dapat memberi tunjuk ajar mengenai kaedah-kaedah untuk menaip dengan betul pada para peserta.Peserta juga dapat mempelajari cara-cara menggunakan enjin carian google.

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan kepada pelajar cara penggunaan papan kekunci dan tetikus dengan betul
  • Petugas membantu pelajar untuk mempelajari kaedah menaip dengan betul
  • Pelajar menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan sekolah
  • Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk memuat turun gambar daripada enjin carian google
  • Pelajar mencetak gambar / dokumen yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan sekolah
  • Latihan dan tutorial

 

Galeri Gambar