KELAS PERBANKAN ONLINE

Tarikh : 09 Mac 2018 (Jumaat)
Masa : 4.30 Petang – 5.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 11 Orang

 

TUJUAN  :

Antara tujuan kelas ini dijalankan ialah membolehkan para peserta mengenali bank-bank yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka selain dari dapat mempelajari fungsi-fungsi bank.Peserta juga dapat mempelajari kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika mempunyai perbankan atas talian.

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka portal Pi1M Ulu Seperi di laman sesawang http://kgseperi.pi1m.my/
  • Petugas meminta salah seorang peserta untuk kehadapan dan membaca maklumat mengenai senarai bank yang terdapat di kawasan sekitar
  • Kemudian, petugas menerangkan mengenai kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika mempunyai perbankan atas talian seperti :
  • Memudahkan urusan jual beli atas talian
  • Menjimatkan masa
  • Boleh membayar bil utiliti
  • Sesi soal jawab antara petugas dan peserta

 

Galeri Gambar