TAKLIMAT MY HEALTH DAN SARINGAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Tarikh : 03 MAC 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

Antara tujuan taklimat My Health dan pemeriksaan kesihatan ini dijalankan ialah dapat memupuk komuniti setempat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.Melakukan saringan faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dalam kalangan komuniti iaitu pengukuran berat dan pengukuran tekanan darah.Meningkatkan penggunaan peralatan My Health yang terdapat di Pi1M dan dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan peka terhadap masalah kesihatan.

AKTIVITI  :

  • Petugas terlebih dahulu memberi taklimat dan penerangan mengenai aplikasi My Health kepada peserta yang terlibat
  • Para peserta mendaftar masuk akaun My Health mereka di tablet Pi1M
  • Petugas meminta para peserta untuk menimbang berat badan menggunakan penimbang yang disediakan di sudut My Health
  • Petugas memulakan aktiviti pemeriksaan tekanan darah para peserta
  • Petugas menerangkan mengenai tahap bacaan tekanan darah peserta
  • Para peserta belajar cara-cara untuk mengira Body Mass Index (BMI)
  • Petugas menerangkan mengenai BMI yang ideal dan tidak ideal
  • Memberi nasihat asas kesihatan kepada penduduk komuniti

 

Gambar Disini