|
|
Tarikh |
: 21 Mei 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memahami dengan lebih baik keperluan dan preferensi pasaran berdasarkan faktor geografi seperti lokasi, iklim dan budaya tempatan
- Usahawan dapat menyesuaikan produk mereka dengan keperluan tempatan
- Mengurangkan risiko kerana mereka dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih tepat berdasarkan pemahaman mendalam tentang keadaan geografi setempat
- Meningkatkan penyampaian produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih cekap, mengoptimalkan rangkaian bekalan dan pengedaran untuk mencapai pelanggan secara lebih efisien.
AKTIVITI:
- Petugas menerangkan konsep petunjuk geografi termasuklah penekanan pada pentingnya memahami faktor-faktor geografi seperti lokasi, iklim dan budaya dalam perniagaan
- Peserta mengenal pasti pasaran berpotensi berdasarkan petunjuk geografi yang diberikan
- Peserta mengadaptasi produk mereka untuk menyesuaikan dengan keperluan dan budaya tempatan berdasarkan petunjuk geografi
- Aktiviti terakhir melibatkan perbincangan dalam kumpulan tentang strategi pemasaran dan jualan berdasarkan petunjuk geografi tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengoptimalkan penjualan di pasaran sasaran