1. Asas ICT: Mencipta Akaun Emel

Tarikh

: 08 Januari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari cara-cara mendaftar emel Gmail yang baharu dan juga mendapatkan kata laluan emel yang lama
  • Akaun Gmail memudahkan urusan seperti penghantaran dokumen dan juga kerja sekolah
  • Memberi pendedahan mengenai kepentingan akaun emel dan juga kegunaannya kepada komuniti
  • Memudahkan pelbagai urusan lain seperti mendaftar masuk ke aplikasi Canva, PosterMyWall, Youtube, akaun Google dan lain-lain lagi

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengajar komuniti di Ulu Seperi untuk mencipta akaun Gmail mereka di komputer yang tersedia
  • Pertama sekali, petugas menyuruh komuniti membuat carian daftar masuk akaun Gmail di Google
  • Seterusnya, petugas menunjukkan langkah mencipta akaun Gmail satu persatu kepada para peserta
  • Petugas juga membantu para peserta yang menghadapi kesukaran mendaftar masuk

 

Galeri gambar