|
|
Tarikh |
: 19 Disember 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendedahkan usahawan kepada strategi pemasaran dan langkah-langkah pemasaran secara atas talian yang tepat
- Meningkatkan kehadiran sosial organik para usahawan secara atas talian untuk berhubung bersama pelanggan
- Mempromosikan OHSEM.Ads dan juga Facebook Ads kepada para usahawan untuk digunakan sebagai agen pemasaran
- Memanfaatkan penggunaan populariti dan juga jaringan kenalan untuk tujuan pemasaran
AKTIVITI:
- Usahawan belajar mengenai ilmu teori dan praktikal tentang cara penghasilan video pemasaran dan promosi secara atas talian
- Petugas menjelaskan setiap perincian bermula dari proses merancang penceritaan, merakam, menyunting dan akhirnya perkongsian di media sosial
- Seterusnya, usahawan berpeluang menggunakan komputer di PEDi untuk cuba menghasilkan video pemasaran mereka dengan tunjuk ajar daripada petugas
- Di akhir kelas, para usahawan yang telah selesai menyediakan video mereka, berkongsi video tersebut di platform media sosial masing-masing