STEM IOT: Eksperimen Magic Finger |
|
Tarikh |
: 17 Julai 2023 |
Masa |
: 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendorong para peserta untuk melakukan eksperimen mudah dengan menggunakan bahan mudah yang terdapat di rumah seperti air, sabun pencuci pinggan, glitter dan juga pinggan
- Eksperiment Magic Finger ini memberikan pendedahan mengenai konsep ketegangan permukaan iaitu glitter lebih ringan dari air dan menyebabkan glitter terapung di atas permukaan air
- Mendorong para peserta untuk melakukan aktiviti eksperimen yang mudah dan ringkas agar mereka dapat meneroka dunia sains dengan lebih meluas
AKTIVITI:
- Petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Eksperimen Magic Finger
- Petugas memberi penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat eksperimen ini iaitu sabun pencuci pinggan, glitter dan juga air
- Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial kepada para peserta iaitu meletakkan glitter ke dalam mangkuk air dan glitter ini akan terapung di atas air
- Kemudian, letakkan beberapa titik pencuci pinggan ke jari anda dan titikkan jari anda ke permukaan air dan glitter ini akan bergerak ke tepi mangkuk
- Petugas memberikan penerangan mengenai fenemona ini iaitu, perkara ini berlaku disebabkan ketegangan permukaan iaitu satu sifat air yang menghalang elemen-elemen luar manakala sabun pencuci pinggan mengurangkan ketegangan air menyebabkan air fi dalam mangkuk bergerak ke luar dan membawa glitter bersama-sama dengannya