Asas ICT: Storan Primer dan Sekunder

Tarikh

: 04 Julai 2023

Masa

: 12.00 Tengahari - 01.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengenali jenis-jenis storan yang terdiri dalam komponen komputer
  • Menjelaskan fungsi storan primer dan sekunder kepada peserta PEDi Ulu Seperi
  • Membezakan komponen storan primer iaitu Random Access Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM)
  • Menerangkan komponen storan sekunder yang terdiri daripada medium magnet dan juga storan optikal

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan penyerahan nota-nota mengenai peranti storan komputer yang terdiri daripada storan primer dan sekunder bertajuk ‘Storan’ kepada para pelajar
  • Seterusnya, petugas memberi contoh bergambar fizikal RAM dan ROM serta perbezaan fungsi kedua-dua RAM dan ROM dalam komputer
  • Selain itu, petugas menjelaskan tiga jenis storan medium magnet yang biasa digunakan didalam komputer iaitu Pita Magnetik, Cakera Liut atau Disket, dan juga Cakera Keras
  • Akhir sekali, petugas juga telah menerangkan tiga jenis storan optikal yang terdiri daripada Compact Disk (CD), Digital Versatile/Video Disk (DVD) dan Blue-ray Disk (BD)

 

Galeri gambar