Stem-IOT: What is IOT (Internet Of Things)

Tarikh

: 10 Jun 2023

Masa

: 03.00 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penerangan mengenai maksud internet kepada para peserta
  • Memberi pendedahan mengenai definisi protokol rangkaian dan juga takrif internet dari aspek penggunaan
  • Memberi penerangan mengenai keperluan internet kepada para peserta
  • Memberi penjelasan mengenai kebaikan internet untuk para pelajar

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai definisi internet iaitu secara umumnya internet merupakan rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku
  • Petugas memberi penjelasan mengenai protokol rangkaian iaitu protokol adalah tata tertib yang perlu diikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki
  • Di samping itu, petugas memberi penjelasan mengenai takrif internet dari aspek penggunaan iaitu merupakan sebuah rangkaian komputer sejagat yang memberikan dua perkhidmatan utama iaitu komunikasi dan capaian maklumat
  • Seterusnya petugas memberi penerangan ringkas mengenai keperluan internet yang paling dikenali dan penting untuk diketahui :
  1. e-Mail (electronic mail)
  2. www (world wide web)
  3. Search engine (Google, Yahoo, Bing)
  • Petugas memberi penerangan mengenai kebaikan internet antaranya ialah :
  1. Sumber informasi
  2. Kebolehcapaian internet tiada had sempadan
  3. Instrumen komunikasi
  4. Membuka peluang pekerjaan
  5. Kemudahan pendidikan dalam talian

 

Galeri gambar