Asas ICT: Keselamatan Komputer

Tarikh

: 04 Jun 2023

Masa

: 10.30 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendefinisikan mngenai keselamatan komputer kepada para pelajar
  • Menjelaskan secara ringkas mengenai perbezaan ancaman terhadap keselamatan komputer
  • Memberikan panduan langkah-langkah keselamatan yang sesuai bagi mengatasi ancaman komputer yang dikenal pasti

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai keselamatan komputer iaitu bermaksud melindungi sistem komputer dan maklumat di dalamnya daripada akses yang tidak dibenarkan, kerosakan dan pengubahan
  • Seterusnya petugas memberi pendedahan mengenai perbezaan ancaman terhadap keselamatan komputer iaitu :
  1. Penggodaman/Hacking – Adalah sumber gangguan kepada keselamatan komputer. Ia boleh diistilahkan sebagai akses tanpa kebenaran kepada sistem komputer oleh orang yang dikenali sebagai penggodam (hacker)
  2. Penggodam/Hacker – Adalah orang yang ada kepandaian tentang sistem komputer berdasarkan penggunaan modem
  3. Bencana Alam / Environmental Disaster – Adalah juga satu cara yang merosakkan komputer, berlaku dimana-mana sahaja seperti rumah, sekolah, pejabat dan sebagainya. Antara bencana alam yang berlaku ialah banjir/kebakaran
  • Selain itu, petugas memberi penjelasan ringkas mengenai langkah keselamatan yang sesuai bagi mengatasi ancaman komputer yang dikenal pasti seperti :
  1. Antivirus
  2. Anti Spyware
  3. Kriptografi
  4. Firewall/Tembok Api
  5. Data backup / Salinan Data
  6. Aspek Kemanusiaan

 

Galeri gambar