Kelas Keusahawanan: Cara membuat ‘live” di TikTok dengan pengikut kurang daripada 1000

Tarikh

: 10 April 2023

Masa

: 02.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Membantu usahawan di Ulu Seperi untuk lebih aktif dan giat berinteraksi dengan pelanggan mahupun penonton melalui TikTok
  • Menyeru usahawan Ulu Seperi berkecimpung dengan aplikasi TikTok kerana ianya merupakan platform yang terkenal digunakan oleh usahawan-usahawan bagi meningkatkan keuntungan perniagaan serta pengikut
  • Akaun TikTok yang aktif akan menarik banyak penonton dan penggemar dalam masa yang singkat

 

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan aplikasi TikTok kepada usahawan-usahawan di Ulu Seperi
  • Seterusnya, kelas diteruskan dengan tutorial membuat live di TikTok setelah mendapati bahawa setiap usahawan memiliki akaun TikTok yang tersendiri
  • Langkah-langkah untuk membuat live di TikTok dikongsikan satu persatu kepada pengguna agar mereka dapat mengikuti dan memahami input yang disampaikan
  • Akhir sekali, setiap usahawan telah dapat membuat live di akhir kelas setelah memahami langkah-langkah dan mengambil nota untuk membuat live

 

Galeri gambar