Kelas Keusahawanan: Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 (MyIPO) |
|
Tarikh |
: 20 Mac 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 3 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan kepada usahawan di Ulu Seperi mengenai Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 berjumlah RM2 Juta bersama MyIPO
- Membantu usahawan membiayai fi bagi kesemua pemfailan komponen harta intelek termasuklah kos kerja yang memerlukan khidmat profesional dan teknikal
- Menerangkan manfaat kerajaan juga akan membiayai kos pemfailan cap dagangan, hak cipta dan reka bentuk perindustrian
AKTIVITI:
- Mengadakan kelas keusahawanan bersama usahawan-usahawan di Ulu Seperi
- Petugas menyatakan bahawa Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 boleh dibuat secara atas talian atau hadir ke ibu pejabat dan cawangan MyIPO berhampiran
- Petugas menerangkan mengenai kriteria pemilihan untuk permohonan dana iaitu:
-
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas
- Terbuka kepada individu, Syarikat PKS atau milikan tunggal atau perkongsian, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi atau kementerian, komuniti setempat, pelajar kolej atau institusi kemahiran atau politeknik atau IPT Tempatan dan setaraf, dan pelajar sekolah rendah atau menengah (mohon dibawah nama pihak seolah)
- Hanya boleh memohon satu dana setahun untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen harta intelek iaitu cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan petujuk geografi
- Komuniti juga diajar oleh petugas mengenai skop pembiayaan, makluman sebelum mengisi borang secara atas talian melalui pautan https://tinyurl.com/DanaIP2bagiTahun2023