E-Pembelajaran: Aplikasi Jendela Map

Tarikh

: 14 Mac 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan aplikasi Jendela Map yang telah ditambah baik dan dimuatkan dengan ciri baharu iaitu ciri Rangkaian Pakej
  • Ciri ini memudahkan pengguna menlakukan semakan lokasi kutipan atau penghantaran parcel melalui lokasi peti simpanan atau kaunter perkhidmatan di kawasan terpilih
  • Jendela Map juga membolehkan komuniti membuat laporan berkenaan isu sambungan rangkaian internet di lokasi dikehendaki melalui fitur ‘Maklum Balas’

 

  • AKTIVITI:

 

  • Menjelaskan mengenai aplikasi Jendela Map kepada komuniti Ulu Seperi
  • Petugas meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi Jendela Map terlebih dahulu sebelum memulakan kelas
  • Melalui aplikasi Jendela Map, petugas mengajar komuniti untuk menyemak lokasi kutipan atau penghantaran bungkusan, dan juga membuat maklum balas mengenai isu rangkaian internet
  • Selain itu, petugas juga memaklumkan komuniti bahawa mereka boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di kawasan mereka melalui aplikasi Jendela Map

 

Galeri gambar