E-Kerajaan: Semakan Baki Pinjaman Kereta Bagi

Bank-Bank Berkaitan

Tarikh

: 06 November 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Komuniti dapat didedahkan untuk membuat semakan pinjaman kenderaan terhadap pihak bank
  • Dapat menegaskan peminjam perlu membayar balik pinjaman termasuk faedah kepada pemberi pinjaman (iaitu bank) secara ansuran dalam jangka masa tertentu
  • Menjelaskan bahawasanya kegagalan pihak peminjam untuk membayar semula mengakibatkan pihak institusi kewangan berhak mengambil tindakan seperti berikut:

-Menarik balik kenderaan

-Mengambil tindakan undang–undang/ kebankrapan.

AKTIVITI:

  • Petugas mengajar cara-cara untuk membuat semakan baki pinjaman kenderaan terhadap bank-bank terlibat
  • Antara bank tersebut termasuklah Maybank, RHB Bank, Public Bank, Cimb Bank, AmBank, Affin Bank dan juga Hong Leong Bank.
  • Seterusnya, petugas menegaskan supaya komuniti cakna dan prihatin terhadap baki pinjaman dan juga ansuran bulanan agar tidak berhadapan dengan masalah bersama pihak bank

Setiap tutorial membuat semakan baki pinjaman kenderaan terhadap bank-bank tertentu telah dikongsikan secara tangkapan skrin bersama laman web setiap bank agar lebih mudah difahami dan mudah diakses

Galeri gambar