E-Kerajaan: Pendaftaran Majlis Qurban Melalui eQurban 

Tarikh

: 04 Julai 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempromosikan laman web yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
  • Membuka ruang ppendaftaran kepada agensi terlibat sebelum menyambut perayaan Aidil Adha
  • Memudahkan urusan kerja orang-orang masjid untuk mengisi borang dengan cepat dan mudah

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada laman web eQurban
  • Seterusnya, petugas memberi tangkapan skrin (screenshot) bersama penjelasan ringkas kepada setiap langkah yang dikongsi kepada komuniti Ulu Seperi
  • Petugas juga membuat satu contoh pendaftaran agar komuniti Ulu Seperi dapat memahami dengan mudah
  • Akhir sekali, petugas mengajar cara mendapatkan borang status keputusan permohonan untuk tujuan cetakan dan dibawa semasa majlis qurban dijalankan

 

Galeri gambar