E-Kerajaan: Semakan Status Bantuan Keluarga

Malaysia (BKM) 2022

Tarikh

: 10 Februari 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan laman web Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada penduduk komuniti
  • Mengajar cara-cara membuat semakan permohonan BKM 2022 mengikut turutan yang betul
  • Berkongsi jadual pembayaran BKM 2022 kepada komuniti agar mereka cakna dengan kemasukan wang daripada pihak kerajaan

 

AKTIVITI:

  • Petugas memperkenalkan laman web yang disediakan oleh kerajaan bagi membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada komuniti Ulu Seperi
  • Setelah itu, petugas berkongsi turutan cara-cara membuat semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
  • Langkah-langkah yang dikongsi oleh petugas disertai dengan tangkapan skrin (screenshot) untuk memberi lebih penjelasan kepada komuniti
  • Akhir sekali, petugas berkongsi jadual kemasukan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada komuniti di Ulu Seperi

 

Galeri gambar