Kelas Keusahawanan: Aplikasi J&T Express

Tarikh

: 07 November 2021

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Meminta pihak komuniti untuk memuat turun aplikasi J&T melalui Google Play Store ataupun Apps Store untuk kemudahan mereka mengepos barang
  • Mengajar penduduk setempat menggunakan Smart Order melalui Aplikasi mudahalih J&T Express
  • Memudahkan urusan kerja pengeposan barang untuk penduduk setempat dengan mengisi terlebih dahulu maklumat-maklumat pengirim dan penerima barang pos

 

AKTIVITI:

  • Pertama sekali, kelas dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aplikasi mudahalih J&T Express
  • Setelah itu, petugas mengajar cara-cara membuat Single Order dengan betul
  • Petugas menjelaskan maklumat-maklumat yang perlu diisi bagi menyempurnakan order penghantaran barang yang ingin dilakukan oleh pengirim
  • Setiap langkah yang dijelaskan dalam menggunakan aplikasi J&T Express ini disertakan bersama tangkapan skrin (screenshot) untuk mudah difahami oleh penduduk setempat

 

Galeri gambar