Kelas Multimedia - Mengedit Video Menggunakan Inshot

Tarikh

: 15 Ogos 2021

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan aplikasi Inshot kepada komuniti setempat
  • Mengajar komuniti supaya duduk dirumah sepanjang berjalannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan aktiviti yang berfaedah
  • Para komuniti setempat dapat menghasilkan pelbagai video yang menarik dan boleh menjadikannya sebagai konten di media sosial
  • Dapat menghasilkan video yang menarik yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran, perniagaan dan lain-lain


AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu kelas Video Maker: Mengedit Video Menggunakan Inshot
  • Kemudian petugas memberikan penerangan langkah demi langkah untuk menggunakan aplikasi Inshot menggunakan telefon pintar
  • Kemudian, petugas menghantarkan link YouTube mengenai langkah-langkah membuat video di Insho
  • Sesi soal jawab bersama komuniti setempat


Galeri Gambar