Permainan Pendidikan - Wordwall |
|
Tarikh | : 20 Februari 2021 |
Masa | : 11.30 Pagi – 01.30 petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Membuat perkongsian ilmu cara-cara untuk menghasilkan permainan pendidikan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Wordwall
- Dengan adanya aktiviti pendidikan ini, komuniti setempat dapat melakukan aktiviti interaktif ini bersama keluarga dan juga rakan-rakan
- Memberi idea kepada para ibu bapa untuk menghasilkan permainan pendidikan yang boleh menarik minat anak-anak mereka untuk belajar sambil bermain
- Mendorong ibu bapa untuk mencipta permainan pendidikan yang kreatif dan seterusnya dapat merangsang pemikiran anak-anak mereka
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu “Cara untuk mencipta permainan pendidikan dengan menggunakan aplikasi WordWall”
- Kemudian, petugas memberikan link aplikasi WordWall iaitu di https://wordwall.net/
- Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) bagi memudahkan urusan komuniti setempat