-
Kelas Permainan Pendidikan - Find A Hidden Object Online Tarikh :18 Disember 2020 Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari Lokasi : Group whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri
Peserta : 10 Orang
TUJUAN:
- Meningkatkan tahap fokus para peserta semasa menyelesaikan aktiviti mencari objek yang tersembunyi
- Menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah
- Dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan serta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkataan dan objek berkaitan
- Para peserta dapat menambah pengetahuan kosa kata di dalam Bahasa Inggeris
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar tugasan di dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
- Kemudian, petugas memberi penerangan cara-cara untuk menandakan jawapan dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon para peserta
- Petugas menghantar contoh-contoh untuk menandakan jawapan dengan cara yang betul
- Para peserta diberi masa untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh petugas