E-Kerajaan – Cara Pengisian E-Census (Banci Penduduk 2020) Secara Atas Talian | |
Tarikh | : 23 November 2020 |
Masa | : 2.40 Petang – 4.40 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:18 Orang |
TUJUAN:
- Memberi penerangan dan tutorial cara pengisian E-Census (Banci Penduduk 2020) secara atas talian
- Berdasarkan Akta Banci 1960 mewajibkan semua orang awam untuk mengambil bahagian menjawab semua soalan banci
- Pelaksanaan banci penduduk dan perumah adalah penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia
AKTIVITI:
- Mendapat maklumat dan penerangan mengenai Objektif Banci 2020 :
- Mengumpul stok serta profil penduduk dan Perumahan Negara meliputi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi sehingga ke peringkat gegrafi terkecil
- Menjadi input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
- Menjadi asas Anggaran dan Unjuran bagi penduduk dan tempat kediaman
- Menjadi input penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi