Kelas Permainan Pendidikan – Find A Word Search Online | |
Tarikh | : 13 November 2020 |
Masa | : 12.00 Tengah hari – 2.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:20 Orang |
TUJUAN:
- Meningkatkan tahap fokus para peserta semasa menyelesaikan aktiviti mencari perkataan yang tersembunyi
- Menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah
- Dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan serta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkataan berkaitan
- Para peserta dapat menambah pengetahuan kosa kata di dalam Bahasa Inggeris
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar 2 tugasan di dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
- Kemudian, petugas memberi penerangan cara-cara untuk menandakan jawapan dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon para peserta
- Petugas menghantar contoh-contoh untuk menandakan jawapan dengan cara yang betul
- Para peserta diberi masa untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh petugas
- Sesi soal jawab bersama peserta yang terlibat