Events Calendar

KARNIVAL I-HEALTH DAY
Thursday, July 30, 2015, 09:00am - 01:00pm
Hits : 24

     Karnival ini diadakan dengan kerjasama PI1M Kuala klawang dan PI1M Felda Titi bertempat di PI1M Kuala Klawang sebagai tuan rumah. Tujuan karnival ini diadakan bagi mempromosikan aplikasi My-Health kepada komuniti, meningkatkan keahlian baru PI1M dan meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti. Karnival ini dianjurkan oleh pi1m dengan bantuan daripada jawatankuasa kampung. Ketua kampung serta ahli jawatankuasa kampung turut membantu Pengurus Pi1m untuk mewar-warkan karnival ini kepada penduduk setempat.

     Antara kebaikan semasa karnival ini dilaksanakan adalah dapat mendidik pengunjung tentang kebaikan pemeriksaan kesihatan.Selain itu dapat mempelajari makanan-makanan kesihatan yang dapat menghidar daripada penyakit berbahaya. Serta produk-produk kesihatan daripada syarikat Zhulian. Ia juga dapat memperkenalkan tujuan utama penubuhan PI1M kepada semua pengunjung yang hadir. Antara VIP yang hadir untuk merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Ketua Kampung Petaling dari JKKK Petaling EN LIM BAR SIN dan Ketua KRT Kampung Petaling dari JKKK Petaling EN MAHADI BIN ABDUL RAHMAN.

     Aktiviti utama bermula pada jam 9 pagi dengan pendaftaran pengunjung serta pemeriksaan kesihatan oleh pejabat kesihatan daerah dan petugas pi1m menggunakan barang-barang i-health. Karnival ini  dimulakan dengan pertandingan mewarna oleh kanak-kanak tadika perpaduan. Diikuti dengan pertandingan Spell-it-Right Competition, ICT Wordsearch,  dan Menaip pantas untuk wakil pelajar SMKUJSegala aktiviti yang dijalankan mendapat bantuan daripada pengurus PI1M berhampiran iaitu PI1M Ulu Seperi dan PI1M Titi. Bagi memeriahkan lagi karnival aktiviti seperti meneka jumlah kacang, gubahan kreatif dan cabutan bertuah diselitkan di dalam karnival untuk menarik pengunjung sehingga ke penutupan karnival.

 

i-health1

Pengunjung sedang memeriksa tahap kesihatan masing-masing yg dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah

i-health2

Pengunjung sedang memeriksa tekanan darah dengan menggunakan peralatan i-Health yang dibantu oleh Cik Aniza Pengurus PI1M

i-health3

Pengunjung sedang mendapatkan khidmat kaunseling kesihatan dan melihat salah satu cara menjana pendapatan dengan Zhulian